SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH
Sejarah awal sekolah bermula dalam suasana persekitaran yang serba kekurangan. Fakor geografi dan kemunduran hidup meripakan titik tolak penting menyedarkan beberapa orang tokoh tempatan bagi emmbina satu institusi pendidikan untuk kemajuan anak bangsa.
Allahyarham Tn. Hj. Jamalluddin b. Hj. Ahmad (Penghulu Daerah Yan) ketika itu memainkan peranan penting bersama bantuan Ketua Kampong Setar dan Ketua Kampong Perupok telah berusaha menyedarkan masyarakat setempat.
Akhirnya segala  usaha yang ditabur terbayar dengan harga sebuah bangunan yang kekal di dalam lipatan sejarah bangunannya bercirikan bahan tempatan, tiang bulat  dan berdindingkan pelupuh, bangunannya beratap bertam. Pada tanggal 23.08.1947 menjadi tarikh keramat yang terlalu sukar untuk dilupakan. Yang Terama Mulia Almarhum Tunku Kudin  Ibni sultan Abdul Hamid ( Bapa saudara Sultan Abdul Halim ) telah menyempurnakan Perasmiannya pada jam 2.00 petang.
Pada permulaan sekolah ini dibuka , bilangan  pelajar adalah seramai 60 orang sahaja , Guru Besar yang pertama En. Taha Bin Abdul Rahman .
Zaman  terus beredar, sistem  persekolahan  semakin berubah dan canggih mengikut perkembangan teknologi. Pada hari ini kesemua usaha dan kegigihan mereka yang mencipta sejarah sekolah ini hanya tinggal ingatan yang segar dan tercatat di lipatan masa. Biarpun masa berlalu namun jasa dan pengorbanan akan terukir di kalbu